Skip to main content

Bola Sepak

Mourinho: Kekal dengan falsafah punca Ajax tersingkir

eriktenhag_1.jpg
Jose Mourinho berasakan kedegilan Ajax untuk menggunakan falsafah bola sepak mereka merupakan punca penyingkiran daripada saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Ajax mendahului 2-0 dalam separuh masa pertama aksi timbal balik separuh akhir berdepan Tottenham, dengan jaringan mereka yang terhasil menerusi kapten, Matthijs de Ligt ,dan Hakim Ziyech membenarkan tuan rumah mendahului 3-0 secara agregat ketika perlawanan berbaki 45 minit.

Mourinho berasakan ia merupakan masa untuk mengubah daripada corak menyerang kepada pendekatan bertahan bagi memastikan kemaraan mereka.

Sebaliknya, pengendali Ajax, Erik ten Hag, melakukan perubahan taktikal dan Lucas Moura berjaya meledak hatrik untuk menghantar Spurs ke final bertemu Liverpool di Madrid bulan depan.

Bercakap sebagai pengulas bersama beIN SPORTS, Mourinho berkata, "Falsafah membuatkan sesebuah pasukan itu berkembang. Anda memerlukan asas, anda perlu falsafah, anda perlukan cara bermain yang bersesuaian dengan pemain. Dalam hal ini, Ajax harus diberikan pujian.

"Tetapi bola sepak adalah seperti pertempuran dan ia memerlukan strategi untuk muncul pemenang, terutama sekali dalam perlawanan yang istimewa, anda memerlukan lebih daripada falsafah untuk menang.

"Perkara asas yang anda lakukan apabila memiliki kelebihan adalah memastikan keseimbangan sepanjang permainan.

"Tetapi Ajax mengekalkan cara mereka bermain, mereka seperti beraksi berdepan Vitesse dalam Liga Belanda.

"Tottenham melakukan perubahan, bermain secara terus dan tuah menyebelahi mereka untuk dikurniakan tiga jaringan dalam separuh masa kedua."

Mourinho masih lagi tidak dilantik mengendalikan mana-mana pasukan selepas dipecat Manchester United, Disember lalu.

Advertisement

Must Watch Video