Skip to main content

Bola Sepak

Mourinho: Kane sempat pulih sebelum bertemu Arsenal

harry-kane.jpg
Harry Kane digantikan ketika bertemu Dinamo Zagreb dalam saingan Liga Europa kerana mengalami masalah lutut tetapi dijangka cergas bertemu Arsenal Ahad ini, menurut ketua jurulatih Tottenham, Jose Mourinho.

Bintang Spurs, Kane, menjaringkan kedua-dua gol ketika menang 2-0 dalam aksi pusingan 16 UEL ke atas gergasi Croatia, Dinamo di Stadium Tottenham Hotspur.

Usaha dalam kedua babak itu memihak Tottenham sekaligus jumlah jaringan daripada kapten England itu kepada 26 gol untuk musim ini, paling banyak daripada mana-mana pemain Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tetapi harapan Kane untuk menambah bilangan jaringan terrsebut hujung minggu ini kelihatan berdepan halang apabila diasak Arijan Ademi ketika perlawanan berbaki lapan minit.

Mourinho segera menggantikan pemain utamanya itu sementara Tanguy Ndombele turut digantikan selepas jaringan kedua.

Tetapi Mourinho yakin kedua-dua pemain berminat untuk pulih dengan cepat dan bersiap sedia untuk derby Liga Perdana hujung minggu ini.

"Saya tidak berasakan ia begitu serius. Ndombele dan Kane tidak mengalami kecederaan serius.

"Saya yakin ada perlawanan yang mesti dimainkan oleh semua orang dan perkara kecil tidak akan menghalang mereka bermain, saya percaya."

"Semua orang mahu bermain (bertemu Arsenal) Ahad ini. Saya percaya mereka akan baik-baik saja."

Kane, yang melakukan tiga percubaan dan menghasilkan dua peluang, kini terlibat dalam enam gol (empat gol, dua assist) sepajang dua perlawanan Tottenham.
 

 

Advertisement

Must Watch Video