Skip to main content

Bola Sepak

Mourinho bimbang ‘musim sukar' buat Manchester United

mourinho.jpg
Jose Mourinho mendesak hierarki Manchester United supaya segera memulakan langkah dalam pasaran perpindahan atau ditinggalkan barisan pencabar dalam Liga Perdana Inggeris.

United telah dikaitkan dengan pemain seperti Harry Maguire dan Toby Alderweireld sejak beberapa minggu kebelakangan tapi masih belum membuat penambahan kepada Fred, Diogo Dalot dan penjaga gol pelapis, Lee Grant.

Kurangnya aktiviti perpindahan di Old Trafford kali ini berlatarbelakangkan langkah berbelanja besar di Liverpool sambil juara bertahan, Manchester City, telah menambah Riyad Mahrez kepada skuadnya yang berjarak 19 mata di tangga teratas musim lalu.

Bercakap sebelum permainan hambar pasukannya dalam kekalahan 0-1 kepada Bayern Munich dalam perlawanan persahabatan di Jerman, Mourinho melontarkan amaran kepada pihak atasan United.

“CEO saya (Ed Woodward) tahu apa yang saya mahukan buat sekian lama,” pengurus United itu memberitahu MUTV.

“Dia tahu apa yang saya mahukan dan saya tahu dia telah cuba melakukan yang terbaik untuk saya dan saya masih mempunyai beberapa hari untuk menunggu dan melihat apa yang akan berlaku.

"Kelab-kelab lain yang bersaing dengan kami benar-benar kuat dan memiliki pasukan hebat seperti Chelsea, Tottenham, Manchester City, atau mereka membuat pelaburan besar, contohnya Liverpool yang membeli segala-galanya.

"Maka, jika kami tidak menjadikan pasukan kami lebih baik, ia akan menjadi musim yang sukar buat kami,” ujarnya.

United akan membuka kempen musim baru dengan menjadi tuan rumah kepada Leicester City, Jumaat ini.

Pemain-pemain yang terbabit dengan Piala Dunia, Romelu Lukaku, Jesse Lingard, Paul Pogba dan Marouane Fellaini kesemuanya belum memulakan aksi bersama United dalam persiapan pra-musim bermasalah yang dipersalahkan Mourinho kepada kekurangan pemain.


 

Advertisement

Must Watch Video