Jose Mourinho mengakui "mustahil" buat Manchester United untuk bersaing di pentas domestik dan Eropah serta harapan mereka menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik liga sudah berakhir apabila seri dengan Swansea City.
Cabaran United ialah untuk meraih slot ke Liga Juara-Juara (UCL) musim hadapan dan meletakkan keutamaan untuk menjuarai Liga Europa (UEL) selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Celta Vigo dalam aksi separuh akhir pertama di Balaídos.
Skuad kendalian Mourinho, yang kini menduduki tangga kelima, ketinggalan satu mata di belakang Manchester City dengan berbaki empat perlawanan, menegaskan membuat pertukaran kesebelasan utama tidak bermakna mereka sudah berputus asa bagi menamatkan saingan musim ini.
"Kami akan cuba, tetapi kami tidak akan ke Arsenal dengan berkata 'tewaskan kami lima atau enam kosong'. Kami akan memberikan yang terbaik untuk meraih keputusan yang positif," kata Mourinho
"Tetapi ia adalah sesuatu yang mustahil, saya tidak boleh melakukan dengan cara lain, saya tidak boleh menggunakan gaya permainan yang sama dan mengulanginya pada Khamis hadapan (aksi timbal balik berdepan Celta Vigo).
"Pemain juga perlu direhatkan, kami perlu bersifat realistik dengan situasi kami dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kami telah melepaskan peluang untuk menduduki kelompok empat terbaik apabila seri dengan Swansea."