Skip to main content

Bola Sepak

Mount jadi sandaran final Piala EFL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mount.jpg
Mason Mount bakal diketepikan dalam dua perlawanan berikutnya gara-gara kecederaan kaki, tetapi Thomas Tuchel menaruh harapan tinggi untuk melihat pemain tengah Chelsea itu kembali tepat pada masanya bagi perlawanan akhir Piala Liga Inggeris (EFL).

Pemain antarabangsa England itu terhincut-hincut dalam separuh masa pertama ketika mereka menjulang trofi Piala Dunia Kelab ke atas Palmeiras hujung minggu lalu ekoran kecederaan di buku lali.





Ia adalah penampilan ke-34 buat pemain berusia 23 tahun itu musim ini untuk sebaris dengan Antonio Rudiger sebagai antara pemain paling kerap diturunkan musim ini.

Pemain antarabangsa England itu juga telah menyumbangkan tujuh gol dan lapan bantuan jaringan.




Oleh itu, Tuchel tidak sabar-sabar untuk melihat Mount kembali cergas tepat pada masanya untuk final Piala EFL dengan Liverpool di Wembley pada 28 Februari ini.

Mengulas perkembangan Mount, Tuchel berkata dalam sidang akhbar malam tadi: "Kami akan mempersiapkannya untuk perlawanan akhir Piala EFL.  

"Dia mengalami kecederaan ligamen. Untuk kembali menentang Lille dalam Liga Juara-Juara (Rabu depan) nampaknya masih terlalu awal tetapi kami akan berusaha keras untuk mempersiapkannya bagi perlawanan akhir Piala EFL."

Tuchel juga mengesahkan menjelang kunjungan ke seteru London, Crystal Palace, malam ini, Reece James yang tidak beraksi sejak Disember lalu sudah bersedia untuk kembali menjalani latihan minggu depan.

Oleh itu, Cesar Azpilicueta sekali lagi dijangka mengisi bahagian kanan pertahanan, seminggu selepas menjulang Piala Dunia Kelab di Abu Dhabi.

Tonggak dari Sepanyol itu telah memenangi setiap kejuaraan kelab bersama The Blues selepas 450 perlawanan tetapi belum mahu melanjutkan kontraknya yang akan tamat akhir musim ini. 

"Dia adalah lambang kepada pendirian Chelsea, tidak henti berjuang, sentiasa merendah diri dan pada masa yang sama merupakan seorang pahlawan. Saya sangat gembira dengan kehadirannya."

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video