Skip to main content

Bola Sepak

MotoGP Rookies Cup: Hakim Danish catat masa terpantas raih petak utama di Litar Jerez

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hakim-danish.jpg
Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, mempamerkan tunggangan cemerlang untuk mencatatkan masa terpantas dalam sesi kelayakan pusingan pertama MotoGP Rookies Cup di Litar Jerez lewat malam tadi.

Pelumba berusia 17 tahun itu meraih petak utama bagi perlumbaan sebenar esok selepas mengatasi pencabar terdekat, Bian Uriarte, dari Sepanyol, dengan kelebihan 0.446s.

Terdahulu, Hakim Danish menduduki tempat keempat dalam sesi latihan bebas (FP) 1 dan 2.

"Saya amat gembira untuk mendapatkan petak utama bagi perlumbaan pertama musim ini," katanya kepada laman web rasmi Red Bull.

"Saya berasa selesa dengan jentera saya dan saya fikir saya sudah melakukan yang terbaik dalam ketiga-tiga sesi, tidak kira dengan tayar baru atau lama, jadi saya amat yakin untuk perlumbaan esok.

"Saya hanya perlu fokus dan saya rasa esok akan menjadi perlumbaan yang menyeronokkan."

 

Advertisement

Must Watch Video