Skip to main content

Bola Sepak

Motivasi pemain di tahap terbaik -- Cheng Hoe

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tcvh.jpg
Malaysia bertekad untuk menurunkan kesebelasan terbaik bagi menyarung jersi Harimau Malaya menjelang aksi Kumpulan G saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Vietnam.

Selepas menundukkan Indonesia dan tewas di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi sebelum ini, skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu mahu memastikan pertemuan dengan Vietnam, 10 Oktober ini berakhir dengan kemenangan.

Menerusi penilaian dalam aksi persahabatan berdepan Sri Lanka di Bukit Jalil esok, setiap pemain ditagih tampil dengan prestasi terbaik bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Namun, ancaman pihak lawan perlu diawasi tatkala anak buah Pakir Ali itu mahu membalas dendam kekalahan 4-1 dalam aksi persahabatan tahun lalu.

"Sesi latihan berjalan lancar walaupun cuaca tidak mengizinkan kami meneruskannya pada sebelah petang. Saya pasti pemain dalam motivasi terbaik dan kami bersedia untuk esok.

"Sememangnya kecederaan beberapa pemain mengganggu perhatian jurulatih tetapi saya harap pemain lain akan beraksi dengan baik. Saya tidak mahu mereka tertekan," ujar Cheng Hoe.

Advertisement

Must Watch Video