Farhad Moshiri menegaskan bahawa Everton bukan untuk dijual walaupun terdapat beberapa pihak dilaporkan mahu mengambil alih kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Everton menamatkan musim lalu ditempat ke-16, kedudukan terendah mereka sejak musim 2003-04 (ke-17).
Frank Lampard -- yang dilantik menggantikan Rafael Benitez pada pertengahan musim -- berhasil mengekalkan pasukan itu dalam EPL berbaki satu perlawanan berkat kemenangan 3-2 ke atas Crystal Palace di Goodison Park.
Bagaimanapun, perbelanjaan melulu Everton sepanjang era Moshiri, yang bermula sejak 2016 dan telah menyaksikan enam pengurus dipecat sebelum pelantikan Lampard, bermakna mereka semakin hampir untuk melanggar peraturan keuntungan dan kemampanan EPL.
Dengan itu, mereka perlu melakukan penjualan besar-besaran menjelang musim baru ini, di mana Richarlison dilaporkan dijual dengan tanda harga £50 juta (RM263.18 juta) beserta bayaran tambahan yang boleh mencecah £60 (RM263.18 juta) kepada Tottenham hujung bulan lalu.
Dengan stadium baru mereka sedang berada dalam proses pembinaan, laporan meluas menjelang musim baru ini mendakwa banyak pihak sedang berminat untuk mengambil alih kelab berkenaan.
Moshiri, dalam pada itu, tampil untuk menegaskan bahawa Everton bukan untuk dijual pada ketika ini walaupun dia berharap akan ada pelabur tambahan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web rasmi Everton, dia berkata: "Terdapat banyak cakap-cakap mengenai pelaburan melibatkan kelab kita sejak kebelakangan ini -- termasuk pengambilalihan -- tetapi saya mahu menjelaskan bahawa tiada sebarang iklan 'untuk dijual' diletakkan di depan pagar Kelab Bolasepak Everton.
"Ia sentiasa pragmatik untuk mengkaji kesemua pelaburan yang berpotensi dan, ketika saya amat telus mengenainya, saya juga sedang fokus untuk melengkapkan perbelanjaan bagi pembinaan stadium baru kita yang hebat sambil memperkuatkan pasukan yang mungkin melibatkan perbelanjaan lebih kecil. Ia akan tetap diteruskan.
"Tetapi saya mahu memaklumkan kepada anda semua bahawa Kelab Bolasepak Everton bukan untuk dijual," katanya.

Attitude and spirit. ?@EvertonInUSA ?? pic.twitter.com/ckYzOzivsr
— Everton (@Everton) July 13, 2022