Pemain sayap pertahanan Chelsea, Victor Moses, berkata dia tidak mempunyai pelan khusus untuk menangani Alexis Sanchez dalam pertembungan final Piala FA, esok.
Sanchez yang sering diletakkan di bahagian kiri serangan Arsenal sejak Arsene Wenger bertukar kepada sistem 3-4-3 bulan lalu, membantu menyerlahkan lagi sentuhan pemain Chile itu.
Pemain berusia 28 tahun itu merekodkan lima gol buat The Gunners dalam empat perlawanan terakhir liga musim ini untuk melebarkan jumlah jaringannya kepada 24.
Moses dijangka ditugaskan untuk menyekat Sanchez dalam pertembungan di Wembley itu selepas tonggak Arsenal itu pulih daripada kecederaan hamstring, namun dia tidak diberi sebarang arahan tertentu untuk mengawal pergerakan lawannya itu.
"Saya belum mendapat sebarang perancangan untuk menyekatnya," kata Moses kepada ESPN, "Dia melalui musim yang bagus, dia beraksi baik bersama Arsenal, namun sama ada dia tercedera atau tidak, perlawanan akan tetap diteruskan."
Arsenal menundukkan Chelsea 3-0 pada September lalu, namun skuad bimbingan Antonio Conte itu bangkit untuk mengungguli liga sebaik menerapkan sistem tiga pemain pertahanan bagi baki aksi musim ini.
Sehubungan itu, mereka meraih kemenangan 3-1 dalam aksi timbal balik di Stamford Bridge dan untuk itu, Moses menuntut rakan sepasukannya agar memastikan The Gunners dapat melunaskan dendam.
"Saya masih memikirkannya (kekalahan 3-0)," tambahnya. "Kami berasa sangat sedih dengan perlawanan itu, tetapi kami berjaya mengatasi mereka 3-1 di Stamford Bridge.
"Mereka akan membalas dendam, namun kami perlu kekal dengan taktik dan memastikan kemenangan.
"Ia akan menjadi perlawanan getir buat kami. Arsenal merupakan sebuah pasukan mantap dengan pemain hebat yang mampu memenangi perlawanan. Begitupun, kami hanya perlu memberi tumpuan terhadap diri sendiri ketika ini, bekerja keras dan berharap kami mampu melaksanakan tugas yang diberikan.
"Kami tidak berasa sebarang tekanan. Jika dia (Conte) berkata Arsenal adalah pilihan juara, saya tidak tahu. Tetapi, kami mempunyai pemain hebat untuk memenangi perlawanan."