Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, berkongsi rasa gembira dengan persembahan penyerang baharu, Mohammed Ghaddar, walaupun pemain itu gagal menemui sentuhan jaringan dalam aksi sulung menentang PKNS FC, malam tadi.
Ghaddar mendapat sekurang-kurangnya empat peluang terbuka untuk menghasilkan jaringan, namun nasib tidak memihak penyerang berumur 33 tahun itu.
Satu-satunya sumbangan bekas penyerang Kelantan itu ialah menjadi pembantu kepada jaringan kemenangan JDT yang dihasilkan Amirulhadi Zainal.
Bagaimanapun, Mora tetap berpuas hati dengan apa yang dipamerkan Ghaddar sambil menyifatkan penyerang antarabangsa Lubnan itu memerlukan masa untuk lebih serasi dengan rakan-rakan sepasukan barunya.
"Dia telah mencuba sebaik mungkin. Sudah tentu sebagai seorang penyerang dia akan kecewa kerana gagal meledak nama selaku penjaring tetapi saya berpuas hati kerana dia telah memberikan aksi yang terbaik," kata Mora.
Sementara itu, ketua pasukan PKNS, Mohd Fauzan Dzulkifli, meluahkan rasa kecewa kerana gagal memastikan sekurang-kurangnya satu mata menjadi milik mereka.
Kini, PKNS tiada pilihan lain kecuali perlu menang dalam aksi akan datang jika tidak mahu terjerumus ke zon penyingkiran.
"Sudah tentu kami kecewa kerana kami bertahan dengan baik sehingga minit ke-80. Tetapi mereka (JDT) lebih bernasib baik kerana kami juga mendapat beberapa peluang tetapi gagal dilunaskan," katanya.