Pertahanan Arsenal, Nacho Monreal, yakin rakan sepasukannya, Hector Bellerin, akan kekal di Emirates sambil menyifatkan pemain itu sebagai tonggak utama pasukan.
Masa depan Bellerin bersama The Gunners menjadi topik hangat selepas gergasi Sepanyol, Barcelona, dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Pengendali baru Barca, Ernesto Valverde, kekurangan pilihan di posisi pertahanan dan mahu mendapatkan Bellerin sambil pemain tengah Barcelona, Denis Suarez, memberitahu bahawa pertahanan Sepanyol itu sedang mempertimbangkan untuk berpindah ke Camp Nou.
Bellerin menyertai Arsenal pada tahun 2011 selepas memulakan karier bersama skuad muda Barcelona, La Masia. Namun, bagi Monreal, perkara itu tidak akan mempengaruhi pemain itu dan yakin Bellerin akan kekal.
“Dia adalah pemain Arsenal dan dia pasti akan kekal di sini,” kata Monreal.
“Bellerin merupakan pemain penting buat pasukan kami dan pengurus (Arsene Wenger) sudah memaklumkannya mengenai perkara ini.
“Kini rundingan perlu diteruskan dan Bellerin tampak hampir pasti untuk kekal bersama kami,” ujar Monreal.