Leonardo Jardim menggesa Monaco menghasilkan serangan tanpa rasa gementar ke atas Juventus dalam aksi separuh akhir kedua saingan Liga Juara-Juara (UCL).
Dua jaringan Gonzalo Higuain di Stade Louis II minggu lalu memberikan kelebihan kepada Juve menjelang pertemuan di Turin, manakala Gianluigi Buffon memastikan gawang gol tidak dibolosi dalam enam perlawanan berturut-turut dalam UCL.
Bagi Jardim, pemain-pemainnya perlu mengetepikan keputusan perlawanan lalu dan membuat persiapan bagi menghadapi perlawanan timbal balik ini.
"Kami perlu menyerang dengan minda yang bebas daripada pemikiran yang negatif," kata Jardim.
"Dalam aksi tempoh hari, kami memiliki jumlah percubaan yang sama seperti Juve tetapi sentuhan penyudah mereka lebih kemas berbanding kami.
"Sejujurnya, mereka memiliki skuad yang lebih berpengalaman dan kami tewas kerana gagal menyempurnakan peluang kami. Kami tetap akan cuba melayakkan diri ke final.
"Saya sangat berbangga dengan pemain-pemain saya di atas pencapaian kami."
Sementara itu, pertahanan Monaco, Djibril Sidibe, optimis pasukannya masih mampu bangkit daripada ketinggalan dua jaringan.
"Kami yakin dan percaya bahawa kami mampu mara ke final," kata Sidibe.
"Kami mungkin sudah tewas dalam aksi pertama tetapi kami sudah bersedia menghadapi aksi timbal balik.
"Buffon adalah seorang penjaga gol yang hebat, dia sentiasa memberikan tumpuan sepanjang perlawanan dan berjaya menyelamatkan dua percubaan kami dalam aksi tempoh hari.
"Monaco mengharungi musim yang baik dan kami akan cuba memenangi perlawanan ini. Kami kecewa dengan keputusan perlawanan pertama tetapi tahap keinginan kami belum luntur.
"Skuad ini dibarisi ramai pemain muda tetapi kami sangat berbakat. Objektif kami adalah mahu menamatkan perlawanan tanpa sebarang penyesalan."