Skip to main content

Bola Sepak

Monaco buat bola sepak Perancis berbangga -- Jardim

10517jardim.jpg
JUVENTUS 2 MONACO 1
(Juve mara ke final dengan agregat 4-1)

Leonardo Jardim percaya Monaco telah membuat bola sepak Perancis bangga dengan pencapaian mara ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL).


Pendahulu Ligue 1 itu gagal untuk memberikan tekanan kepada Juventus apabila tewas 2-1 awal pagi tadi di Turin selepas ketinggalan 2-0 dalam separuh akhir pertama, minggu lalu.

Pasukan tuan rumah tidak menghadapi sebarang kesukaran untuk memulakan perlawanan, Mario Mandzukic membuka jaringan pada minit ke-33 sebelum Dani Alves menggandakan jaringan sebelum tamat separuh masa pertama.

Bintang muda skuad pimpinan Jardim, Kylian Mbappe, berjaya menghasilkan gol pada minit ke-69, bagaimanapun ia tidak memadai buat mereka apabila Thomas Lemar,Bernardo Silva dan Fabinho gagal mengulangi prestasi mereka ketika menyingkirkan Manchester City dan Borussia Dortmund.

Walaupun gagal ke final, pengendali kelahiran Portugal itu berpuas hati dengan pencapaian pasukannya dan terdapat beberapa perkara positif yang boleh diambil beraksi di Eropah musim ini.

"Kami beraksi berdepan pasukan yang memiliki pengalaman dengan barisan pemain yang muda," kata Jardim.

"Kami sangat gembira berada dalam separuh akhir. Saya berbangga dengan pemain-pemain saya, kami memberikan yang terbaik dan akan cuba mengulangi prestasi berdepan Nancy [pada Sabtu].

"Kami tidak boleh bermain mencari keputusan seri.

"Monaco telah mewakili bola sepak Perancis dengan baik. Kini kami akan memberikan fokus untuk menjuarai Ligue 1."

Advertisement

Must Watch Video