LIGUE 1
Monaco bersemangat untuk kekalkan Mbappe
Monaco terdesak untuk mengekalkan penyerang Kylian Mbappe sekurang-kurangnya semusim lagi, kata Ketua Eksekutif, Vadim Vasilyev.
Mbappe, 18, menjadi subjek minat daripada kelab besar Eropah selepas pemain itu menjaringkan 26 gol dalam semua pertandingan musim ini.
Real Madrid, Manchester United dan Liverpool adalah antara pasukan yang dikaitkan dengan pemain antarabangsa Perancis itu.
Iklan
Tetapi Vasilyev berkata juara Ligue 1, Monaco, bertegas untuk mengekalkan Mbappe sekurang-kurangnya untuk satu lagi kempen.
"Racangannya adalah untuk melakukan apa sahaja bagi mengekalkan Mbappe dan melakukan segala-galanya untuk membuatkan dia bersama kami, minimum satu tahun lagi," katanya.
Vasilyev berkata rancangan pasukannya adalah untuk menawarkan Mbappe -- yang mempunyai perjanjian sehingga pertengahan 2019 -- sambungan kontrak.
Dia juga bersedia menolak beberapa tawaran untuk Mbappe yang menjaringkan enam gol dalam sembilan aksi Liga Juara-Juara musim ini.
"Kami akan membuat tawaran untuk memanjangkan kontraknya dan mudah-mudahan dia akan menerima dan kekal bersama kami," kata Vasilyev.
"Saya fikir dalam bulan Jun, sebelum musim bermula."
Must-Watch Video