RENNES 2 MONACO 3
Leonardo Jardim senang hati dengan aksi pemain Monaco untuk menamatkan kempen Ligue 1 dengan kemenangan 3-2 di Rennes.
Kemenangan 2-0 ke atas Saint-Etienne pada Rabu lalu menjamin gelaran juara liga pertama buat Monaco sejak tahun 2000 dan sambutan kejayaan diraikan di Roazhon Park apabila skuad itu muncul dengan gaya rambut warna kelab ketika memanaskan badan.
Jardim dan kakitangannya juga tampil dengan gaya wajah yang diwarnai cat merah dan putih dalam perlawanan di mana trio Brazil, Fabinho, Jemerson dan Jorge -- yang membuat penampilan kedua penuh dalam Ligue 1 -- semuanya menemui sasaran.
"Semua orang menunjukkan gambaran yang lebih besar terhadap pasukan," katanya kepada L'Equipe, sebelum mengakui pasukannya kurang tidur.
"Selepas satu atau dua malam di mana skuad tidak banyak tidur, mereka menunjukkan kualiti sebagai pemenang.
"Saya fikir kami semua mempunyai musim yang hebat dan saya gembira untuk kumpulan ini.
"Selepas aksi menentang Saint-Etienne, saya menyambutnya dengan keluarga saya. Saya menghabiskan masa selama satu jam dengan pemain tetapi ia bukan tabiat saya untuk mengawal mereka."
Percubaan pemain gantian Rennes, Adama Diakhaby -- yang terkena tiang -- pada separuh masa kedua mungkin boleh menghadiahkan satu mata buat tuan rumah tetapi Monaco akhirnya lebih dominan untuk mengekalkan kedudukan.
"Saya agak terkejut kerana pemain bermain baik selepas kurang tidur," tambah Jardim.