Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Monaco akhiri dominasi PSG, muncul juara Ligue 1

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

radamel-falcao-cropped_6ig7x2kcrg7e1qacl2l4nssri.jpg
Monaco menjuarai Ligue 1 buat kali pertama sejak 1999-2000 bagi menamatkan dominasi empat tahun Paris Saint-Germain (PSG) di Perancis.

Skuad kendalian Leonardo Jardim itu sedar bahawa mereka hanya memerlukan satu mata berdepan Saint-Etienne bagi mengesahkan kejuaraan selepas membelasah Lille 4-0 sebelum ini.

Bagaimanapun, anak buah Jardim enggan mengharapkan satu mata tersebut, sebaliknya memburu kemenangan menerusi gol Kylian Mbappe dan Valere Germain.

Ini adalah kejuaraan liga pertama Monaco dalam tempoh 17 tahun dan yang kelapan dalam sejarah penubuhan kelab itu.

Jardim pernah menjuarai Superleague bersama Olimpiacos pada tahun 2013, namun ini adalah kejuaraan pertamanya sejak mengambil alih jawatan pengendali di Stade Louis II pada Jun 2014.

Dia dihamburkan pujian kali ini ekoran meletak kepercayaan terhadap pemain muda yang telah pun menyumbang 104 gol dalam 37 perlawanan liga.

Enam daripada pemainnya telah dinamakan dalam pasukan terbaik Ligue 1 musim ini: Danijel Subasic, Djibril Sidibe, Kamil Glik, Benjamin Mendy, Bernardo Silva dan Mbappe.

Meskipun Radamel Falcao gagal tersenarai, namun penyerang Colombia itu ternyata memainkan watak besar musim ini apabila telah pun menyumbat 21 gol.

 

Advertisement

Must Watch Video