Liverpool mungkin berdepan tempoh yang membimbangkan walaupun Mohamed Salah kekal di kelab itu yang bakal tamat dalam masa beberapa hari lagi.
Liverpool ketika ini masih lagi mengharungi badai khabar angin mengenai kemungkinan penghijrahan Mohamed Salah selepas penutupan jendela perpindahan Liga Perdana Inggier sminggu ini.
Kelab Arab Saudi, Al-Ittihad nampaknya meningkatkan usaha mereka untuk menandatangani pemain kebangsaan Mesir itu dengan menjanjikan ganjaran lumayan buat pemain tersebut.
Salah bakal ditawarkan gaji yang sama seperti yang diperoleh Cristiano Ronaldo di Al-Nassr. Dan Liverpool juga akan diberi pampasan kerana kehilangan salah seorang pemain bola sepak terbaik dunia, Salah dengan tawaran yang dilaporkan bernilai lebih GBP100 juta.
Bagaimanapun, Jurgen Klopp menegaskan bahawa tidak ada peluang untuk Salah meninggalkan musim panas ini. Walaupun Liverpool tidak mahu kehilangan penyerang bintang mereka pada bila-bila masa, hakikat minat Al-Ittihad telah datang terlalu lewat di jendela membuat hampir mustahil bagi The Reds untuk mencari pengganti.
Liverpool hanya mempunyai masa sehingga 1 September untuk membawa masuk mana-mana pemain baharu sebelum jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris yang bakal ditutup.
Ammar Hakim
Thu Aug 31 2023