Skip to main content

Bola Sepak

Modric tidak pasti Bale atau Isco bermula untuk final Liga Juara-Juara

31517lukamodric.jpg
Luka Modric berkata pemain Real Madrid tidak diberitahu sama ada Gareth Bale atau Isco akan dipilih untuk memulakan perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Cardiff, Ahad ini.

Bale mengisytiharkan dirinya cergas selepas pulih daripada kecederaan betis tetapi Isco cemerlang ketika menggantikan pemain antarabangsa Wales itu apabila Real meraih gelaran LaLiga pertama mereka dalam tempoh lima tahun.

Zinedine Zidane menegaskan kedua-duanya boleh bermain bersama untuk aksi menentang Juventus tetapi pemain antarabangsa Croatia, Modric, berkata skuad masih belum diputuskan.

"Kami tidak mempunyai sebarang petunjuk (siapa yang akan bermula)," kata Modric. "Bale adalah seorang yang sangat jujur ​sebagai pemain. Mereka akan berbincang dan membuat kesimpulan apa yang terbaik untuk dia dan sudah tentu untuk pasukan.

"Pasukan adalah perkara yang paling penting. Seperti yang saya katakan, dia sangat jujur ​​dan dia akan beritahu apa yang dia rasa. Tetapi kami amat gembira dia kembali."

Bale memiliki kecederaan yang membuatkan musimnya terjejas, hilang dua perlawanan penting ketika Real berusaha untuk menjadi pasukan pertama mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara sejak pertandingan ini telah dijenamakan semula.

Dan Modric memilih untuk tidak membandingkan Bale dengan Isco kerana mereka kelihatan bersedia bersaing untuk menjadi pemain ketiga di barisan depan bersama Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema.

"Ia adalah satu musim yang sukar untuknya (Bale)," kata Modric. "Pada permulaan musim ini, dia sangat hebat, dia adalah salah seorang pemain terbaik kami. Kemudian dia mengalami kecederaannya.

"Ia bukan sesuatu yang baik berlaku kepada pemain, terutama Bale. Dia mempunyai bahagian kedua musim ini yang sangat sukar, tetapi kini dia kembali dan kami amat gembira kami boleh bergantung kepadanya. Dia menunjukkan bahawa dia bersedia untuk perlawanan akhir.

"Kami tunjuk pada musim tidak kira siapa bermain, kami bermain dengan baik. Ia adalah sukar bagi saya untuk mengatakan siapa lebih baik. Kami menunjukkan bahawa kami bermain pada tahap yang hebat dengan Bale dan Isco.

"Ia tidak mengubah apa-apa bagi saya. Bagi kami, ia penting untuk semua bersama-sama. Jika kami berjuang dan kami semua bersama-sama seperti yang kami ada dalam perlawanan besar musim ini, kami adalah pasukan yang sangat berbahaya dan sangat kuat."

Advertisement

Must Watch Video