Luka Modric, yang dura-urakan menjadi sasaran Inter Milan, gembira bersama Real Madrid dan tidak berkemungkinan meninggalkan pasukan dalam masa terdekat, kata rakan sepasukan, Lucas Vazquez.
Skuad Nerazzurri itu dipercayai telah mengenal pasti Modric sebagai pemain bintang yang dimahukan mereka untuk musim baru ini dan ketua jurulatih, Luciano Spalletti, sudahpun mengakui hasratnya untuk mendapatkan kapten Croatia itu.
Bagaimanapun, pengurus Madrid, Julen Lopetegui, tampil dengan penafian keras terhadap laporan kononnya juara Eropah itu bersedia menimbangkan sebarang tawaran.
Vazquez, yang telah berganding dengan Modric sepanjang tiga musim lalu, tetap yakin bahawa pemain tengah berusia 32 tahun itu akan kekal di Santiago Bernabeu.
“Kami semua tenang dan mengharapkan kepadanya. Kami berharap dia akan kembali untuk terus menikmati keadaan di Madrid,” kata pemain antarabangsa Sepanyol itu.
"Saya tidak mempunyai sebarang keraguan dia akan kekal. Ya, mungkin anda tidak boleh berasa pasti dalam bola sepak tapi saya fikir Luka adalah pemain Madrid dan akan kekal sedemikian.
"Itulah yang saya rasakan, saya bukannya ada dalam kepalanya tapi saya yakin dia mahu teruskan bersama kami,” ujarnya lagi.
Modric telah memenangi Liga Juara-Juara empat kali sejak menyertai Los Blancos daripada Tottenham pada 2012.
Dia membuat 26 penampilan dalam LaLiga musim lalu dan mengemudi Croatia ke final Piala Dunia di Russia.