Bintang Belgium dan Chelsea, Eden Hazard, yakin dengan peluang Luka Modric untuk memenangi Ballon d'Or selepas mengharungi musim yang terbaik.
Modric adalah pilihan untuk menamatkan dominasi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi apabila mereka saling memenangi lima kali anugerah tersebut sejak 10 tahun lalu.
Kapten Croatia itu membawa pasukannya ke final Piala Dunia selepas membantu Real Madrid memenangi Liga Juara-Juara (UCL).
Hazard – salah seorang pilihan pilihan pemenang -- berkata Modric, yang dinobat Pemain Terbaik FIFA, berhak memenangi anugerah tersebut.
"Saya tidak berasakan saya mampu memenanginya. Pada pendapat saya, Modric adalah pilihan terbaik," kata Hazard.
"Terdapat tiga atau empat pemain. Saya melihat Raphael Varane (pertahanan Real dan Perancis) memenangi banyak gelaran untuk musim lalu."
Hazard dan Belgium akan berdepan Switzerland dalam Liga Negara-Negara UEFA awal pagi esok sebelum menghadapi Belanda dalam aksi persahabatan.