Skip to main content

Bola Sepak

Mo Salah cipta sejarah baru Liga Perdana Inggeris

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

salah_199uwna791nqg1r2navpvci6l3.jpg
Mohamed Salah mencipta lebih banyak sejarah Liga Perdana Inggeris apabila dia menjaringkan gol dan memberikan bantuan dalam kemenangan 4-2 Liverpool ke atas Tottenham.

Salah, yang berselisih faham dengan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp ketika seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu, kembali ke tahap terbaik ketika The Reds menemui semula rentak kemenangan semalam.

Dia membuka jaringan pada minit ke-16 di Anfield, di mana Liverpool mendahului 4-0 sebelum Spurs bangkit mengejar mendapatkan dua jaringan. 

Harvey Elliott menyumbat gol keempat Liverpool, setelah menerima hantaran daripada Salah.
 

Salah adalah pemain pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris yang menjaringkan lebih 10 gol dan memberikan 10 assist dalam tiga musim berturut-turut.

Sementara itu, dia juga merupakan pemain kedua yang mencatatkan lebih 10 gol dan bantuan bagi lima musim berasingan dalam pertandingan secara keseluruhan, selepas Wayne Rooney.

"Mo Salah beraksi cukup cemerlang," kata Klopp kepada Sky Sports.

Gol awal Salah juga menyaksikan dia kini menyamai rekod Harry Kane sebagai penjaring terbanyak dalam perlawanan Liga Perdana antara Liverpool dan Spurs, dengan sembilan gol. Dia juga mensia-siakan peluang besar untuk menjadikan kedudukan 5-2, sebelum melihat gol dibatalkan kerana ofsaid dalam masa kecederaan.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video