Skip to main content

Ragbi

Super Alumni Rugby 15s 2026: VIOBA atasi STAROBA dalam aksi tumpuan minggu pertama

DDD
Advertisement

ASAS RC, SDARA dan SMS Old Boys turut membuka kempen dengan kemenangan besar di EV Arena Elmina 

Victoria Institution Old Boys Association (VIOBA) menundukkan Sekolah Tuanku Abdul Rahman Old Boys Association (STAROBA) 17–3 dalam aksi paling mencuri tumpuan pada minggu pembukaan edisi sulung Super Alumni Rugby 15s (SAR) 2026. Berlangsung di EV Arena Elmina pada 25 Oktober 2026, pertemuan VIOBA Blues dengan STAROBA Rugby berlangsung sengit. Muhammad Luth Suyot menghasilkan try buat VIOBA, manakala Muhammad Haikal Hisha menyumbang satu conversion dan satu penalti. 

Advertisement

Satu try penalti melengkapkan pungutan mata VIOBA. Wan Umar Wan Irfan menyumbang tiga mata STAROBA menerusi sepakan penalti. Minggu pembukaan itu menandakan bermulanya kejohanan bawah 21 tahun yang menghimpunkan 12 pasukan alumni dari seluruh negara. Dalam aksi lain, ASAS RC, SDARA dan SMS Old Boys mencatat kemenangan besar, manakala SEMASHUR dan SASEROBA turut memulakan kempen dengan kemenangan.

Dalam perlawanan kumpulan A, alumni Sekolah Datuk Abdul Razak (SDARA) menewaskan Kelab Ragbi Alumni SHAH Pekan (KRAS) 41–14 walaupun menamatkan perlawanan dengan 14 pemain. SDARA Lions menghasilkan enam try, sementara pemain tengah Wan Azhad Fariq dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan atas persembahannya di barisan backline. Noah Shamree dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua selepas menerima kad kuning kedua. 

Advertisement

 

 

KRAS memulakan aksi dengan baik menerusi try Ahmad Irfan Baihaqi, sebelum Adam Jibril Hisham menghasilkan try kedua mereka pada lewat perlawanan. Dalam perlawanan kumpulan B, SMS Old Boys (SMSOB) menewaskan ANSARA BP RC 423. Alumni SMS Selangor itu menghasilkan enam try, termasuk dua oleh pemain prop Tengku Eymran Radhi. Pemain fly-half Muhammad Farish Nazmi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan selepas menyumbang 12 mata menerusi tiga conversion dan dua penalti. Sementara itu, SASEROBA menewaskan KUSESS 34–6 dalam satu lagi pertemuan Kumpulan B. 

Alumni SMS Tuanku Munawir itu menghasilkan enam try, dengan dua daripadanya dihasilkan pemain sayap Muhammad Afieq Shahron, yang turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan. KUSESS Barbarians menamatkan perlawanan dengan 14 pemain selepas Faris Firdaus Shariff dilayangkan kad merah susulan kad kuning keduanya.      

Dalam Kumpulan C, SEMASHUR OB menewaskan EX-EC 22–10 pada aksi pembukaan. Alumni Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, juara SSR tiga kali, memanfaatkan kelebihan di bahagian forward dengan menghasilkan tiga try termasuk menerusi Eidil Wafriy Zuladhha menyumbang dua try. Pemain SEMASHUR Wan Ahmad Izmir, yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan, menyumbang tujuh mata menerusi satu conversion dan satu penalti. 

Dua try daripada Muhammad Rizq Danial dan Shakir Ammar belum cukup untuk EX-EC, yang menghimpunkan bekas pelajar English College.  ASAS RC menutup aksi kumpulan C dengan kemenangan 60–0 ke atas MOZAC Highlanders. Alumni Sekolah Sultan Alam Shah itu menghasilkan 10 try dalam persembahan dominan sepanjang perlawanan. Shah Zawahir Othman mencatat hatrik dan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan selepas menyerlah bersama barisan backline. Pemain fly-half Reamy Rasiddi Ridzal turut menyumbang 10 mata menerusi sepakan.  

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video