Wayne Rooney akan terlepas perlawanan kedua dengan DC United selepas Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) memanjangkan penggantungannya gara-gara tingkah laku ganas.
Rooney, 33, diarahkan keluar padang ketika DC tewas 1-2 kepada New York Red Bulls, 21 Ogos lalu, selepas video bantuan pengadil (VAR) mengesan insiden tanpa bola di antara dia dan Cristian Casseres Junior.
Dia didapati melakukan sentuhan ke muka Casseres dan menjalani penggantungan pertama ketika DC tewas 1-3 kepada Philadelphia Union, Ahad lalu.
Dengan MLS memutuskan untuk memanjangkan tempoh penggantungan berkenaan, Rooney, yang menjaringkan 11 gol daripada 25 perlawanan liga musim ini, akan terlepas kunjungan ke laman Montreal Impact, Sabtu ini.
Hanya lima perlawanan berbaki dalam MLS musim ini dan DC kini menduduki tangga kelima Liga Timur.
Bekas penyerang kebangsaan England itu akan meninggalkan DC hujung tahun ini untuk menyertai Derby County sebagai pemain merangkap jurulatih.