NY RED BULLS 0 INTER MIAMI 2

Pengurus Inter Miami, Tata Martino, menganggap percaturannya berbaloi sekalipun barisan kendaliannya terpaksa berhempas-pulas untuk menundukkan NY Red Bulls, sebentar tadi.


Inter yang masih bergelut di tangga kedua terbawah saingan Persidangan Timur Liga Bolasepak Utama (MLS) turun tanpa kelibat Lionel Messi -- sempena penampilan pertamanya dalam liga -- dan Sergio Busquets mendahului 1-0 menerusi Diego Gomez untuk sejam permainan sebelum kedua-dua bekas bintang Barcelona itu diperkenalkan dalam permainan.

Messi turut tidak ketinggalan untuk melakar namanya selaku penjaring pada minit ke-89 yang merupakan penyudahnya yang kesembilan dalam 12 perlawanan sejak sah menyertai kelab Amerika Syarikat (AS) bulan lalu.

"Yang penting ialah kami menghargai kemenangan dan kemenangan dengan cara ini adalah sesuatu yang kami perlu biasakan,' kata MartinO kepada akhbar Dailymail.

"Leo akan terlepas sekurang-kurangnya tiga perlawanan - dia akan dipanggil oleh pasukan kebangsaannya Argentina untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia yang bermula bulan depan.



"Begitu juga dengan yang lain juga dan pada masa-masa ini kami tahu pasukan perlu terus menang.

"Saya rasa ini kali pertama kami bermain tanpa Messi sejak kemunculan pertama ketika bertemu Cruz Azul. Rakan sepasukannya memberi reaksi hebat untuk sejam pertama.

"Kami mengawal sebahagian besar dan mendahului perlawanan. Kami perlu melakukannya supaya kami tahu kami boleh menang tanpa dia. Sambutannya memuaskan.