Son Heung-min memberi amaran bahawa misi Tottenham belum berakhir selepas merakam kemenangan dramatik ke atas Manchester City dalam aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Di sebalik tewas 4-3 di Stadium Etihad, Tottenham lolos ke separuh akhir menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan apabila perlawanan berakhir terikat 4-4 secara agregat.
Sistem video bantuan pengadil (VAR) menjadi pemisah buat kedua-dua pasukan selepas pengadil perlawanan, Cuneyt Cakir, menolak keputusan bola terkena tangan ketika Fernando Llorente yang menanduk masuk gol pada minit ke-73.
Raheem Sterling turut berasakan dia telah menjaringkan hatrik dalam masa kecederaan, namun percubaannya dibatalkan oleh VAR kerana Sergio Aguero berada dalam kedudukan ofsaid.
Berdasarkan keputusan perlawanan itu, Heung–min -- yang menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit -- memberitahu UEFA.com: "Ia merupakan satu pencapaian yang bermakna untuk kami. Ini merupakan kali pertama saya beraksi dalam suku akhir UCL dan kini sudah melangkah ke separuh akhir.
"Saya sangat berbangga kerana menjadi sebahagian pasukan ini. Sangat bersyukur dan sukar untuk mempercayai kejayaan ini. Tetapi kami masih belum berakhir, Spurs (akan meneruskannya) hingga penamat.
Sepuluh minit pertama menyaksikan empat jaringan berjaya dihasilkan, dengan Sterling membuka jaringan yang disusuli Heung-min meledak dua gol sebelum Bernardo Silva menyamakan kedudukan.
Sterling sekali lagi meletakkan City di hadapan 3-2 pada minit ke-21 sebelum Aguero menjaringkan gol keempat pasukan untuk memberikan kelebihan jaringan ke atas Spurs.
Bagaimanapun, tandukan Llorente ketika perlawanan berbaki 17 minit memastikan skuad bimbingan Mauricio Pochettino itu menempah slot separuh akhir berdepan Ajax.