James Milner menggesa Liverpool agar bangkit dalam misi mereka untuk terus mencabar gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila bakal menentang Newcastle United, esok.
Kegagalan barisan kendalian Jurgen Klopp itu menyempurnakan deretan peluang mengundang padah apabila dihukum Barcelona yang meraih kemenangan 3-0 dalam pertemuan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), semalam.
Dengan dua perlawanan yang tersisa dalam saingan liga, Liverpool mengumpul 91 mata tetapi tercicir satu mata di belakang pendahulu, Manchester City, dan menghadapi kemungkinan menamatkan musim ini tanpa trofi.
Sehubungan itu, Milner menyeru pasukannya agar segera bangkit daripada igauan buruk di Camp Nou menjelang kunjungan ke Newcastle.
"Kami perlu bangkit dengan segera kerana kami mempunyai perlawanan mustahak hujung minggu ini. Kami berharap untuk mendapatkan keputusan yang baik di sana dan melangkah masuk ke aksi minggu depan dengan lebih positif," katanya kepada akhbar UK.
"Kita telah melihat kekuatan karakter dalam skuad ini, lebih daripada sekali dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
"Kita tahu karakter yang kami miliki. Kami perlu bangkit bersama-sama. Saya tidak meragui pasukan ini mampu melakukannya."
Milner, Sadio Mane dan Mohamed Salah terlepas peluang terhidang ketika menentang Barcelona sehingga meletakkan mereka di ambang penyingkiran UCL.
Begitupun, Milner tetap menaruh kepercayaan terhadap peluang pasukannya untuk mempamerkan kebangkitan luar biasa di Anfield.
"Kami perlu memberi tumpuan kepada aspek positif menjelang perlawanan kedua. Kami telah mencipta peluang dan kami bermain dengan cukup baik selain daripada jaringan," katanya.
"Jelas sekali ia satu kemungkinan. Jika ia boleh terjadi di mana-mana sahaja, maka di Anfield juga begitu. Kita pernah melihat malam istimewa di pentas Eropah dan kebangkitan luar biasa pernah tercetus.
"Tetapi ia satu misi yang sangat sukar, kami menyedarinya."