Pengerusi Everton, Bill Kenwright, mendedahkan Kevin Mirallas bakal menandatangani kontrak untuk terus kekal bersama The Toffees.
Pemain kebangsaan Belgium itu bukan antara pemain yang sering diturunkan oleh Ronald Koeman musim ini, dengan membuat 21 penampilan dan menjaringkan empat gol setakat ini.
Mirallas telah memberikan petanda mahu meninggalkan kelab pada Januari bagi memastikan tempatnya di dalam kesebelasan utama Belgium terjamin.
Bagaimanapun, pemain berusia 29 tahun itu mengikut jejak langkah pertahanan, Seamus Coleman, untuk terus menabur bakti bersama The Blues.