Skip to main content

Bola Sepak

Mirallas kekal bersama Everton sehingga 2020

13517mirallas.jpg
Kevin Mirallas menandatangani kontrak baru untuk kekal bersama Everton sehingga Jun 2020.

Pengerusi Everton, Bill Kenwright telah mengesahkan pada Selasa bahawa kontrak penyerang itu akan tamat pada penghujung musim 2017-18.

Pemain berusia 29 tahun itu telah menjaringkan empat gol dan melakukan enam bantuan jaringan dalam 35 penampilan di bawah kendalian Ronaldo Koeman msuim ini, And the 29-year-old, who has netted four goals and accumulated six assists across 35 appearances for Ronald Koeman's side this term, gembira untuk kekal bersama The Toffees.

"Kontrak ini amat penting buat saya dan keluarga saya. Saya sangat gembira di sini - Everton adalah kelab terbaik buat saya," kata Mirallas.

"Saya telah bersama pasukan selama lima tahun dan ia merupakan sangat penting buat saya menjuarai gelaran bersama pasukan ini. Saya pernah berkata sebelum ini bahawa saya mahu sekurang-kurangnya merangkul satu gelaran dengan Everton.

"Kami memiliki pengurus, pasukan dan penyokong-penyokong yang menakjubkan.

"Saya berharap pasukan dapat menandatangani pemain-pemain yang berkualiti untuk berjuang menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik.

Kontrak lanjutan Mirallas akan memberikan lonjakkan buat Everton, yang bakal menamatkan saingan di tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Bagaimanapun, masa depan mengenai Romelu Lukaku dan Ross Barkley masih lagi menjadi tanda tanya apabila mereka masih menangguh untuk menandatangani kontrak baru.

Advertisement

Must Watch Video