Menjejakkan kaki di Old Trafford umpama mimpi jadi kenyataan buat lima penyokong setia Manchester United yang terpilih bagi menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi bertemu Chelsea, baru-baru ini.
Kesemua mereka terpilih selepas memenangi cabutan tiket bertuah dalam majlis makan malam kelab penyokong Manchester United (United Malaysia) di Kota Kinabalu, tahun lalu.
Salah seorang penyokong bertuah yang menyertai 'pengembaraan' itu, Richard Wong, berkata menyaksikan perlawanan United dengan Chelsea pastinya antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
"Saya sangat gembira menjadi salah seorang yang menyertai perjalanan ini. Walaupun penat selepas mengharungi masa penerbangan yang agak lama, namun perjalanan ini sangat menyeronokkan, ditambah lagi dengan kawan-kawan yang sangat mesra dan lucu.
"Menyaksikan perlawanan United dengan Chelsea juga satu pengalaman baru buat saya, suasananya sangat menyeronokkan, pastinya saya akan kembali ke Old Trafford suatu hari nanti!," katanya.
Bagi Suresh pula, menyaksikan United beraksi di Old Trafford sebelum ini hanya menjadi satu mimpi.
"Bagaimanapun, saya tidak sangka ia menjadi kenyataan apabila menjadi pemenang cabutan tiket bertuah majlis makan malam tahunan United Malaysia tahun lalu.
"Saya sangat teruja, terutama ketika merasai suasana di 'theatre of dreams', sorakan dan nyanyian penyokong benar-benar membuatkan bulu roma saya menegak. Pastinya lebih menyeronokkan jika United menang tetapi seri pun sudah cukup bagi saya kerana yang lebih penting pengalaman ke sana," katanya.
Sementara itu, Logeswaran, yang berasal dari Petaling Jaya, mula menjadi peminat United sejak berusia 13 tahun serta menjadi ahli kelab penyokong sejak 2003. Sejak itu, dia sentiasa berangan-angan untuk menyaksikan pasukan kesayangannya di Old Trafford.
"Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, pengalaman dan suasana di Manchester, khususnya Old Trafford, masih bermain di fikiran saya sehingga sekarang.
"Saya ingin berterima kasih kepada United Malaysia, khususnya presiden, Bartholomew Jingulam, kerana memberi peluang ini dan pastinya saya akan kembali ke sana suatu hari nanti," katanya.
Pada 28 Jun depan, United Malaysia sekali lagi bakal mengadakan majlis makan malam tahunan di Kota Kinabalu dan pastinya cabutan bertuah untuk ke Old Trafford menjadi 'buruan' setiap ahli kelab yang hadir.
Setakat ini, United Malaysia telah menerbangkan hampir 400 ahlinya menyaksikan perlawanan di Old Trafford.