CRYSTAL PALACE 0 LIVERPOOL 2
Jaringan daripada James Milner dan Sadio Mane memberikan kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace yang beraksi dengan 10 pemain, membolehkan Liverpool mengekalkan rekod 100 peratus selepas dua perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.
Pelawat memenangi tiga pertemuan terakhir di Selhurst Park tetapi bergelut untuk membuka tirai jaringan ketika berdepan skuad The Eagles yang dibimbing bekas pengendali Liverpool dan England, Roy Hodgson.
Bagaimanapun, Milner tenang menyempurnakan sepakan penalti selepas kesilapan ke atas Mohamed Salah di penghujung babak pertama sebelum jaringan minit-minit akhir oleh Mane melengkapkan kemenangan Liverpool.
Palace memulakan saingan musim 2017/18 dengan kemenangan ke atas Fulham tetapi tidak menampakkan bayangan untuk menyamakan kedudukan selepas ketinggalan satu gol, terutama apabila Aaron Wan-Bissaka dilayangkan kad merah akibat kesalahan cuai ke atas Salah sambil anak-anak buah Jurgen Klopp itu membuktikan mereka berada di landasan tepat untuk mencabar kejuaraan.
Liverpool hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-21 apabila penjaga gol Palace, Wayne Hennessey, melepaskan bola ke dalam gawang sendiri tetapi pengadil perlawanan, Michael Oliver, meniupkan wisel susulan kesalahan yang dilakukan Mane ke atas penjaga gol Wales itu yang turut berlaga dengan Wan-Bissaka dalam perebutan di udara.
Naby Keita membuka ruang buat Salah tetapi lambungan bola pemenang Kasut Emas musim lalu itu sedikit melewati palang tatkala Andros Townsend turut menghadirkan ancaman sama daripada tuan rumah, menyaksikan sepakan lencong pemain berusia 30 tahun itu tersasar.
Namun, Liverpool meraih pendahuluan sebelum tamat babak pertama setelah Milner tenang menyempurnakan anugerah sepakan penalti susulan tindakan Mamadou Sakho yang menjatuhkan Salah.
Sepakan percuma Luka Milivojevic memaksa penjaga gol Liverpool, Alisson, melayangkan badan untuk menafikan percubaan pada awal babak kedua tetapi harapan tuan rumah untuk bangkit menerima tamparan besar selepas 15 minit aksi bersambung susulan layangan kad merah terhadap Wan-Bissaka yang menghalang usaha Salah ketika menuju ke pintu gol.
Tatkala Palace rancak mencari gol penyamaan pada minit ke-93, Salah melorongkan bola buat Mane dalam satu serangan balas dan bintang Senegal itu melepasi Patrick van Aanholt sebelum menewaskan Hennessey untuk meraih gol keenam peribadi dalam lapan pertemuan dengan The Eagles.