Skip to main content

Bola Sepak

Milan terpaksa tunggu gol 'nasib' Higuain

milan-cropped_9ljzvry2xg8r1jwtcd711h582.jpg
DUDELANGE 0 AC MILAN 1

AC Milan mempamerkan aksi bertenaga, namun terpaksa menunggu sehingga gol tunggal perlawanan daripada Gonzalo Higuain yang terkena pertahanan lawan untuk menewaskan wakil Luxembourg, Dudelange, 1-0 dalam aksi pertama Liga Europa di Stade Josy Barthel, awal pagi tadi.


Pengendali pasukan, Gatturo Gattuso, menyenaraikan skuad terbaik yang dimiliki dalam tempoh sejam pertama perlawanan, namun kelihatan sukar untuk menemui jaringan dalam setiap serangan tatkala bernasib baik akhirnya meraih gol kemenangan menerusi percubaan Higuain yang terbias pemain lawan.

Milan jelas beraksi tidak begitu cemerlang dalam babak pertama setelah gagal menghadirkan ancaman utama buat lawan sambil Dudelange dilihat lebih banyak mencipta peluang.

Namun, skuad bimbingan Gattuso itu mengubah corak permainan selepas rehat dan berbekalkan sedikit sentuhan pemain lawan, Higuain menyumbat gol tunggal perlawanan pada minit ke-59 untuk menghadiahkan kemenangan dalam aksi pertama Kumpulan F.

Walaupun memiliki kelebihan di atas kertas, Dudelange nyata lebih menonjol sebelum aksi menuju rehat.

David Turpel melepaskan rembatan hasil gerakan Kevin Malget pada minit ke-32 sebelum Dominik Stolz melakukan percubaan dari sudut sukar menggunakan kaki kiri.

Milan hampir membuka tirai jaringan sebelum 45 pertama berakhir tetapi tandukan Mattia Caldara gagal menemui sasaran walaupun dia tidak dikawal.

Pelawat memulakan separuh masa kedua dengan lebih garang, namun Joe Frising tetap menafikan usaha Higuain yang menerima hantaran Diego Laxalt.

Namun, penyerang Argentina itu bernasib baik ketika aksi memasuki sejam perlawanan apabila menerima hantaran Samu Castillejo di tengah-tengah kotak penalti sebelum melepaskan rembatan yang terkena pemain lawan sebelum bola masuk ke gawang.

Hantaran Castillejo itu hadir selepas percubaan awal jarak dekat Fabio Borini sebelum itu terkena palang gol tetapi Milan tetap selesa untuk melengkapkan aksi dengan kemenangan.
 

Advertisement

Must Watch Video