Olivier Giroud mengisytiharkan bahawa Milan sudah 'kembali' selepas penyerang veteran itu mencetus inspirasi kepada kemenangan dalam perlawanan derby dengan Inter.
Giroud menjaringkan gol dua kali untuk mengurangkan kelebihan Inter di puncak liga kepada satu mata -- walaupun Nerazzurri memiliki kelebihan satu perlawanna -- dalam kemenangan 2-1 buat Rossoneri, yang ketinggalan menerusi jaringan Ivan Perisic dalam separuh masa pertama.
Pemain kebangsaan Perancis itu menyamakan kedudukan pada minit ke-75 sebelum melengkapkan kebangkitan Milan tiga minit kemudian untuk mengejutkan skuad kendalian Simone Inzaghi sebelum mereka terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Theo Hernandez dilayangkan kad merah.
"Seperti yang saya katakan sebelum perlawanan, ini adalah perlawanan istimewa. Anda memenangi perlawanan derby, kami bergelut pada separuh masa pertama, tetapi selepas rehat selama 45 minit kami kembali bangkit," kata Giroud kepada DAZN.
“Saya mengharapkan satu atau dua bola masuk ke dalam kotak, yang pertama agak bernasib baik, tetapi yang kedua adalah hantaran kemas daripada [Davide] Calabria.
“Saya sangat gembira untuk peminat saya, saya bangga dengan pasukan ini yang tidak pernah berputus asa.
“Kami menjaringkan gol di dalam kotak, jadi benar saya agak terasing pada separuh masa pertama, tetapi seluruh pasukan tidak bermain dengan baik dan kami mengetahuinya.
“Kami membuktikan semangat berpasukan yang hebat selepas rehat dan kami kembali!
“Ada jalan panjang di hadapan kami, kami masih dalam pelarian, tetapi terdapat banyak perlawanan yang perlu dimainkan dan Inter kekal sebagai pendahulu.
"Jadi mari kita menangi perlawanan kita dan kemudian lihat apa yang Inter lakukan."