MILAN 1 JUVENTUS 1
Stefano Pioli berang dengan sepakan penalti yang dihadiahkan kepada Juventus selepas Milan terpaksa akur seri 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama Coppa Italia di San Siro, awal pagi tadi.
Sepakan voli Ante Rebic sejurus selepas sejam permainan sepatutnya meletakkan Milan di depan bagi menampung kad merah yang dilayangkan ke atas pertahanan Rossoneri, Theo Hernandez.
Bagaimanapun, Juve memerlukan masa tambahan untuk mengambil kesempatan itu yang menyaksikan Davide Calabria dihukum kerana menyekat usaha akrobatik Cristiano Ronaldo dengan lengannya.
Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti itu tetapi pengurus Milan berkenaan berasakan keputusan tersebut tidak selari dengan insiden berasingan ketika perlawanan Cagliari dengan Brescia musim ini, yang pada pandangannya tidak seharusnya diberikan oleh pengadil.
Bercakap kepada Rai, Pioli berkata: "Saya sangat marah kerana sebelum ini terdapat pelanggaran terhadap Zlatan Ibrahimovic.
"Tambahan pula, seingat saya pengadil telah menunjukkan rakaman penalti di antara perlawanan Cagliari-Brescia pada permulaan musim ini dengan menerangkan bahawa ia adalah satu kesilapan untuk menghadiahkannya kerana pemain tidak dapat melihat bola.
"Keadaannya sama seperti Calabria yang tidak dapat melihatnya. Dalam situasi itu, Alberto Cerri melompat dan tentulah tidak dapat 'memotong' tangannya, anda perlu menggerakkan tangan ketika melompat."
Milan beberapa kali dinafikan penjaga gol veteran, Gianluigi Buffon, justeru Pioli percaya pasukannya boleh berbangga dengan prestasi mereka.
"Saya memberitahu pemain supaya meninggalkan padang tanpa penyesalan. Mereka tidak akan menyesal, saya berasa sangat bangga dengan persembahan mereka, begitu juga dengan penyokong Milan," katanya.
"Kami mahu mendapatkan kemenangan, kami berada di kedudukan yang baik untuk melakukannya tetapi ini hanya perlawanan pertama dan kami akan cuba melakukan yang lebih baik lagi dalam pertemuan kedua."
Editor: Shaiful Shamsudin