Zlatan Ibrahimovic berkata Milan "berhenti bermain" dan meratapi kegagalan The Rossoneri apabila melepaskan dua gol pendahuluan sebelum tewas kepada Inter dalam aksi Derby della Madonnina.
Kelebihan 2-0 Milan dalam separuh masa pertama dilenyapkan sekelip mata ketika berdepan Inter, yang mengubah suasana aksi 'derby' dengan empat jaringan tanpa balas untuk merakamkan kemenangan 4-2 di San Siro semalam.
Ibrahimovic melakukan bantuan jaringan buat jaringan pembukaan Ante Rebic pada minit ke-40 sebelum menjadi penjaring gol tertua Serie A dalam sejarah 'derby' Milan ketika masa kecederaan separuh masa pertama.
Milan, bagaimanpun, gagal menyerap tekanan Inter -- yang bangkit dalam perlawanan ini, sekali gus melonjak ke puncak liga mengatasi juara bertahan, Juventus.
"Sukar untuk menjelaskan apa yang telah berlaku," kata Ibrahimovic kepada Sky Sport Itali selepas menjaringkan gol ketiga sejak kembali ke Milan bulan lalu.
"Pada separuh masa, kami memberitahu kepada diri sendiri, 15 minit pertama dalam separuh masa kedua sangat penting dan kami telah dibolosi dua gol.
"Kami berhenti bermain. Pasukan berhenti untuk percaya, berhenti memberikan tekanan, gagal melakukan hantaran yang secukupnya. Sejak daripada gol penyamaan, segalanya musnah.
"Saya berasakan perlawanan ini dipisahkan dengan pengalaman, kerana kami harus tahu bagaimana untuk mengawal permainan ketika mendahului 2-0, bukan hanya menang pada akhirnya.
"Sangat pelik kerana separuh masa pertama yang sempurna telah dipamerkan pasukan. Saya menjangkakan lebih lagi daripada Inter dan tidak kelihatan pasukan yang berhak berada di tangga kedua. Mereka membuktikannya dalam separuh masa kedua."
Inter mendahului Juve dengan perbezaan jaringan selepas 23 perlawanan manakala Milan di tangga ke-10 dan 10 mata ketinggalan daripada slot automatik ke Liga Juara-Juara (UCL).
Editor: Ammar Hakim

Inter win the derby / Il Derby lo vince l'Inter#InterMilan 4-2 #SempreMilan pic.twitter.com/JUsimbABTm
— AC Milan (@acmilan) February 9, 2020