Skip to main content

Bola Sepak

Mikel Arteta tawar Santi Cazorla sebagai pembantunya di Arsenal

santi.jpg
Bekas pemain Arsenal, Santi Cazorla, mendedahkan bahawa ketua jurulatih pasukan itu, Mikel Arteta, sedia menerima kepulangannya ke Arsenal sebagai salah seorang barisan kejurulatihan bermula musim depan. 

Pemain berusia 39 tahun itu bakal menamatkan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional susulan dia akan bersara selepas perlawanan play-off liga divisyen kedua pasukan Real Oviedo.

Sebagai rekod, pemenang dua kali kejohanan Eropah itu sudah melakukan 180 penampilan sambil telah menjaringkan 29 gol secara keseluruhan selain memenangi Piala FA Inggeris dan Perisai Komuniti bersama The Gunners sejak dari 2012 hingga 2016.

"Kelab London itu merupakan kelab istimewa buat saya. Saya menghabiskan masa selama enam tahun yang menarik di sana.

"Sudah tentu saya sangat teruja untuk mengemudi pasukan tersebut bersama Arteta. Kami sudah berhubung mengenai perancangan itu namun, ia akan berlaku apabila saya mengumumkan persaraan kelak," katanya kepada Sky Sports.

Advertisement

Must Watch Video