Penyerang Negeri Sembilan, Mika Junco, ralat selepas kehilangan rantai azimat pemberian kedua ibu bapanya sejak berusia 17 tahun.

Kejadian ragut di Kuala Lumpur, meletakkan Mika dalam emosi bercampur-baur merujuk kepada kondisinya ketika ini yang masih tercari-cari landasan sebenar untuk menyerlah bersama Negeri Sembilan musim ini.

Kehilangan rantai yang memiliki nilai sentimental menambahkan lagi rasa sedih pemain ini apatah lagi rantai itu di pakai olehnya sejak 16 tahun lalu.

"Saya ketika ini berjalan pulang ke hotel dari Pavilion, segalanya berlaku begitu pantas dan saya kehilangan rantai yang sangat penting buat diri saya," katanya.

"Bagaimanapun, saya terlepas daripada sebarang kecederaan."

Dengan dua situasi berbeza dihadapinya ketika ini langsung tidak mematahkan semangat mika untuk keluar dari tempoh waktu sukar sebagai seorang pemain.

Mika yakin situasi sukarnya ketika ini mampu ditukar kepada sesuatu yang positif khusus melibatkan kariernya.