Skip to main content

Bola Sepak

MFL perjelas isu mengapa aksi Selangor - JDT tanpa kehadiran penonton

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mbpj_1.jpg

MFL baru-baru ini menjelaskan sebab mengapa keputusan untuk melangsungkan perlawanan tanpa kehadiran penonton pada Liga Super 14 (LS14) di antara Selangor dan JDT di Stadium MBPJ telah diteliti.

Dalam satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam memberitahu bahawa keputusan itu diambil berdasarkan faktor hasil komersial (commercial value) bagi pasukan JDT selepas tindakan yang diambil Selangor untuk 'tidak hadir' ke perlawanan tersebut (perlawanan Sumbangsih).

“Hukuman nombor empat dibuat berdasarkan commercial revenue pasukan JDT. Perlawanan itu tidak dimainkan dan pampasan dibayar, namun tiada keuntungan yang diperoleh daripada perlawanan tersebut" ujarnya.

“Pandangan bagi Ahli Lembaga Pengarah MFL ialah reverse match kerana tidak seharusnya ada keuntungan bagi kedua-dua pasukan yang bertanding. Ini adalah melibatkan keadilan dari segi komersial,” tambahnya lagi.

Ini bagi menjawab persoalan umum peminat & penyokong bola sepak yang mempertikaikan keputusan tersebut kenyataan rasmi dibuat oleh pihak MFL. Namun begitu, pihak Selangor masih boleh membuat rayuan bagi perkara tersebut untuk diteliti oleh badan rayuan sebelum keputusan akan dilakukan.

Selain denda bermain tanpa penonton menentang JDT, Selangor turut dikenakan denda sebanyak RM100,000, pemotongan 3 mata dalam perlawanan Liga Super 204-2025, dan turut dikenakan bayaran pampasan kerugian kepada JDT & MFL yang akan diputuskan kelak.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video