Skip to main content

Bola Sepak

MFL masih belum lunas bayaran hak penyiaran

mfl.jpg
Pembayaran hak penyiaran kepada setiap pasukan daripada badan pentadbir Liga Malaysia (Liga-M), Liga Bolasepak Malaysia (MFL), sepatutnya dibayar hari ini, namun ia masih belum diterima pihak pengurusan setiap pasukan.

Bagaimanapun, kebanyakan persatuan bola sepak negeri dan kelab yang dihubungi kekal optimis dengan jaminan MFL untuk melunaskan pembayaran itu dalam masa terdekat.

Setiasuaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustafa, percaya kelewatan bayaran itu berkemungkinan kerana ia melibatkan jumlah wang yang besar dan pihak MFL juga pernah menyatakan pembayaran itu akan dilakukan sebanyak dua kali.

"Mereka sudah memaklumkannya.

"Kami pun ada tanya juga tetapi dia kata akan bagi setengah mungkin esok atau lusa dan setengah lagi dalam bulan depan," katanya.

Turut melontarkan nada sama ialah Setiasuaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman.

"Kita faham kelewatan yang berlaku terhadap pembayaran geran seperti yang dijanjikan pada hari ini merupakan jumlah yang besar dan perlu dilakukan kepada 22 pasukan Liga Super dan Liga Perdana.

"Insya-Allah, kami difahamkan daripada pihak MFL bahawa dalam petang ini atau esok pagi geran akan dimasukkan kepada semua (akaun) persatuan dan kelab yang ada," katanya.

Setiap pasukan Liga Super akan menerima geran RM3 juta, dengan separuh daripadanya sepatutnya diserahkan hari ini manakala bakinya akan dilunaskan bulan depan.

Pasukan Liga Perdana pula akan menerima geran RM1 juta.

Advertisement

Must Watch Video