Skip to main content

Bola Sepak

MFL mahu pastikan jadual Liga-M lebih tersusun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

datuk-stuart-ramalingam.jpg
Jadual Liga Malaysia (Liga-M) lebih tersusun bagi musim 2024/2025.

Itu gambaran yang diberikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam, berkenaan jadual Liga-M bagi musim ini ketika menghadiri Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia Dan Taklimat Pengurusan Stadium Dan Venue Liga-M selama dua hari di Iskandar Putri, Johor, dari semalam. 

Walaupun ramai yang meluahkan kekhuatiran sebaik mengetahui saingan liga hanya akan bermula pada Mei depan, gambaran draf pertama yang dikongsikan Stuart dikatakan lebih baik dari musim 2023.

"Draf pertama daripada unit pertandingan nampak jarak di antara perlawanan adalah bagus. 

"Pasukan minta kita lebihkan perlawanan pada hujung minggu.

"Tapi kami sedar kekangan-kekangan yang dihadapi pasukan tempatan," katanya. 

Difahamkan jadual musim ini tidak akan melewati tempoh cuti panjang berikutan anjakan bermulanya saingan Piala Sumbangsih hanya akan berlaku selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira termasuk beberapa permintaan yang dirasakan sesuai untuk dilaksanakan.




"Dengan itu kami ada ruang yang agak panjang dari Mei hingga April tahun depan.

"Kami juga tahu Sabah FC dan Kuching City selalu meminta perlawanan di semenanjung dilangsungkan 2-3 perlawanan (berturut-turut) sebelum balik ke Borneo," katanya. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video