Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Abdul Ghani Hassan, mengesahkan pihaknya masih mempunyai hutang baki pembayaran wang kemenangan Liga Super 2020 kepada juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Jelas Abdul Ghani, penangguhan pembayaran wang kemenangan tersebut telah dipersetujui pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, di mana pihak pengurusan JDT memahami kekangan kewangan yang dihadapi MFL ketika itu susulan pandemik COVID-19.
MFL bagaimanapun sudah melakukan pembayaran secara berperingkat dan akan dilunaskan segala baki tunggakan menjelang akhir tahun ini.
“Tunku Ismail memahami kekangan kewangan MFL yang kehilangan wang tajaan kira-kira RM30 juta akibat pandemik Covid-19.
“MFL telah melakukan pembayaran secara berperingkat dan kini dalam proses akhir menyelesaikan baki pembayaran wang kemenangan itu tahun ini," katanya.
Menurutnya, selain JDT, MFL tiada sebarang tunggakan dengan pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bagi musim tersebut.
“Bagaimanapun penangguhan pembayaran bagi musim itu hanya melibatkan JDT sahaja di mana MFL tidak ada sebarang tunggakan dengan pasukan lain,” katanya.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda berangkat ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1444H bersama delegasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada hari ini, 30 April 2023 di Istana Bukit Pelangi, Johor. pic.twitter.com/qL1CGSZTEQ
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) April 30, 2023