Skip to main content

Bola Sepak

MFL kurangkan kuota pemain import di atas padang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

m,fl.jpg

Malaysian Football League (MFL) mengumumkan pindaan baharu berkenaan peraturan kuota pemain import di atas padang.

Pada Mei lalu, pihak MFL menerusi sebuah kenyataan pada telah bersetuju membenarkan kesemua 13 kelab bertanding bagi mendaftar seramai 15 pemain asing berbanding 12 pada musim lalu.

Tambahan 3 kuota ini bagaimanapun harus dipatuhi dengan hanya 9 orang pemain import sahaja yang dibenarkan untuk didaftarkan ketika hari perlawanan oleh setiap pasukan yang beraksi.

Daripada 9 pemain pada hari perlawanan ini, 7 pemain boleh bermain di atas padang sementara dua lagi akan memulakan aksi dari bangku simpanan dengan komposisi 4 terbuka + 1 Asia + 2 Asean.

Advertisement

Walau bagaimanapun, pindaan kuota pemain import di atas padang telah dikurangkan daripada 7 orang menjadi 6 orang pemain.

“MFL hari ini mengumumkan pindaan peraturan pemain asing Liga Malaysia 2025-2026 yang menyaksikan kuota pemain asing di atas padang dikurangkan kepada 6 pemain berbanding 7 pemain seperti yang dimaklumkan sebelum ini.”



 

“Keputusan itu dibuat hasil Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (BOD) MFL ke-14 Bagi Penggal 2021-2025 selepas mengambil pertimbangan semula impak kepada Liga Malaysia dan juga perkembangan pemain tempatan.”

Berdasarkan pindaan baharu yang diumumkan kali ini, kuota pemain import di atas padang kini berubah menjadi seramai 6+3 (simpanan) bersama komposisi 4 Terbuka + 1 Asia + 1 Asean.

Jika dibandingkan, seorang pemain import berstatus ASEAN di atas padang kini telah dikurangkan berbanding dua orang sebelum ini namun kuota di simpanan bertambah menjadi 3 pemain. -- MakanBola

Topik Berkaitan

Must Watch Video