Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Azzuddin Ahmad, menganggap cadangan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebagai pilihan paling tepat buat penganjur, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), menangani isu kewangan pasukan Liga Malaysia (Liga-M).
Ia bukan perkara baru dalam bola sepak di mana ada saingan liga du luar negara yang turut menggunakan pendekatan sama, melangsungkan tiga pusingan semusim seandai jumlah pasukan tidak banyak.
"Liga dengan tiga perlawanan sepusingan merupakan satu cadangan yang baik.
"Beberapa negara juga melakukannya jika tidak cukup pasukan daripada segi memenuhi kalendar liga.
"Liga akan bertambah menarik kerana pasukan boleh berjumpa sebanyak tiga kali.
"Ia terpulang kepada penganjur untuk menentukan format pertandingannya," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Keadaan semasa majoriti pasukan Liga-M ketika ini yang terus dibelenggu isu gaji musim lalu tatkala saingan 2024/225 bakal membuka tirai -- kurang tiga bulan dari sekarang.
Bagi Azzuddin, ketegasan MFL bakal membina kredibiliti lebih konkrit bagi mengelak sebarang sikap sambil lewa pasukan dalam melunaskan isu kewangan pemain dan pasukan.
"Kelab-kelab akan mengambil iktibar sekiranya mereka tidak memenuhi syarat pelesenan.
"Selagi kita berdolak-dalih dalam pelesenan kelab, selagi itulah kita akan menghadapi masalah seperti ini.
"Kebajikan adalah satu perkara utama. kalau kelab tidak penuhi pembayaran, kalau FAM tidak bertegas, perkara ini akan berulang," katanya.