Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengingatkan kesemua 24 pasukan yang bersaing dalam Liga Super dan Liga Perdana 2019 supaya melengkapkan pendaftaran pertama pemain, Khamis ini.
Berdasarkan peraturan Liga Malaysia (Liga-M), setiap pasukan diwajibkan mendaftar 20 pemain, termasuk tiga penjaga gol terlebih dahulu, sebelum menyenarai penuh 30 pemain pada 20 Februari depan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan MFL hari ini, Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd, percaya kesemua pasukan tidak berdepan masalah untuk membuat pendaftaran kerana sudah diberikan masa secukupnya sebaik pendaftaran dibuka pada penghujung November lalu.
“Kesemua pasukan sudah dimaklumkan mengenai pendaftaran awal 20 pemain selain tujuh pegawai pasukan pada 10 Januari ini (Khamis).
"Pemain yang didaftarkan itu penting untuk pasukan beraksi dalam perlawanan pertama pada 1 Februari depan.
“Saya percaya berdasarkan perjumpaan pihak MFL dengan pasukan yang bertanding sebelum ini, mereka nampak sudah bersedia untuk mendaftarkan pemain.
"Cuma sebelum ini ada pasukan yang berdepan masalah untuk mendaftarkan pemain import kerana memerlukan dokumen tertentu, termasuk Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC),” katanya.
Shazli menambah kebanyakan pasukan sudah terbiasa dengan prosedur pendaftaran pemain, malah MFL turut memainkan peranan dalam memudahkan urusan pendaftaran menerusi sistem FAM MyPAS bagi menggantikan Sistem Pengurusan Maklumat Bola Sepak (SPMB) yang telah digunakan sejak 2017.
“Kebanyakan pasukan merupakan pasukan yang sudah biasa beraksi dalam Liga-M dan mereka sudah tahu mengenai prosedur pendaftaran itu.
"Kami juga tidak melakukan sebarang perubahan melainkan memudahkan lagi proses itu dengan penggunaan sistem FAM MyPAS,” tambahnya.
-- BERNAMA