Skip to main content

Bola Sepak

MFL harap pemberian geran selesai masalah tunggakan

mfl.jpg
Ketetapan pemberian geran menerusi hak penyiaran yang diumumkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) semalam mencetuskan polemik baru apabila beberapa persatuan dituntut menyelesaikan tunggakan gaji ahli gabungan masing-masing.

Pengumuman MFL mengenai pemberian geran menerusi hak penyiaran ibarat khabar gembira buat beberapa pasukan yang mengalami tunggakan gaji pemain, antaranya Marcerra United, Hanelang FC, Terengganu City FC dan Kuantan FA yang bernaung di bawah persatuan bola sepak negeri masing-masing.

Walaupun tiada kaitan dengan pemberian geran berkenaan, difahamkan pasukan terbabit layak menerimanya sebagai ahli gabungan persatuan induk masing-masing.

“Ia berdasarkan perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memastikan pasukan-pasukan di bawah naungan persatuan seperti Marcerra, Kuantan FA dan Hanelang dapat memberikan penyelesaian kepada masalah ini.,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PFAM, Izham Ismail.

Bagaimanapun, Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) selaku badan induk Marcerra United tidak bersetuju dengan pendekatan itu walaupun pernah bertanggungjawab menyelesaikan isu tunggakan gaji ahli gabunganya, KL SPA, tiga tahun lalu. 

“Saya tidak bersetuju. Kalau mahu potong, perlu bincang dengan KLFA terlebih dahulu kerana kami mahu tahu sebabnya.

"Memang kami menyokong Marcerra beraksi dalam saingan Liga M3 tetapi keputusan datang daripada FAM. Jika FAM fikir mereka tidak layak, usah masukkan dalam liga,” ujar Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa.
 

Advertisement

Must Watch Video