Skip to main content

Bola Sepak

MFL Challenge Cup: Tak sampai 4,000 penonton, aspirasi Selangor ke final tiada sambutan?

stadium-mbpj-hambar.jpg
Amat janggal apabila Stadium MBPJ yang selalunya gegak gempita dengan sorakan ultras, menjadi suram di separuh akhir kedua MFL Challenge Cup.

Perkara itu sudah berlanjutan sejak Selangor bermain di peringkat awal Challenge Cup lagi dengan Ultras Selangor enggan melontarkan sorakan dari minit awal hingga akhir.



Dan ketua jurulatih Selangor, Kasuhito Kinoshi, berharap untuk memberikan sesuatu kepada peminat supaya sekali lagi dapat meraih sokongan padu daripada mereka.

"Saya tidak boleh bayangkan kenapa penyokong senyap, tapi apa yang saya boleh lakukan adalah dengan memberi mereka senyuman kembali.

"Kami perlu bekerja keras untuk mereka, hanya kami saja boleh lakukannya. Pasukan mesti bekerja keras hingga mereka puas hati dan kembali yakin kepada pasukan," katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Sementara itu, penjaga gol Selangor, Kalamullah Al-Hafiz, menyeru untuk semua peminat mereka kekalkan sokongan teguh menjelang final Challenge Cup nanti.

Lebih-lebih lagi ini peluang besar buat Gergasi Merah meraih piala musim ini.

"Itu hak penyokong menilai Selangor. Kami telah cuba melakukan yang terbaik. Bagi pemain sokongan amat penting. Kepada penyokong Selangor, kami berharap sokongan anda dan pasukan sentiasa cuba memberikan yang terbaik dan turut meminta agar stadium dapat dipenuhkan bagi setiap perlawanan," katanya.

Advertisement

Must Watch Video