Skip to main content

Bola Sepak

MFL Challenge Cup: PDRM tepati ramalan ke final

399566173_358826793205977_5219739100066038539_n.jpg
PDRM menepati ramalan mengisi slot ke pentas akhir Piala Cabaran selepas memastikan kemenangan ke atas Penang FC di saingan separuh akhir kedua menerusi kelebihan agregat 4-1 semalam.

Penyerang import PDRM, Uche Agba cemerlang di hadapan gawang Penang menerusi dua jaringan sekaligus melengkapkan kemaraan Sang Saka Biru.

PDRM jelas tidak terdesak dengan situasi namun masih ada beberapa situasi yang gagal disempurnakan dengan baik, menghadirkan rasa hampa buat pengendali PDRM, Datuk Yunus Alif.

"Separuh masa pertama menyaksikan pemain bersifat berhati-hati namun kami mengubah corak permainan dalam separuh masa kedua dan berjaya memastikan kemenangan," katanya menerusi Nadi Arena.

Kegagalan dalam aksi semalam benar-benar mengecewakan pengendali Penang, Choong Yee Fatt.

Dia mengharapkan aksi di separuh akhir kedua mampu mengubah keadaan dengan melontarkan keyakinan untuk pulang dengan kemenangan namun ternyata ia hanya sekadar angan kosong.

"Kami meletakkan harapan dalam perlawanan ini. Kami telah menjalani persiapan dengan rapi namun kemenangan tidak memihak Penang," kata Yee Fatt.



Selain MFL Challenge Cup, Astro Arena akan membawakan final Piala MFL di antara pasukan Terengganu II dan JDT II minggu depan. Siaran Langsung di saluran 801.

 

Advertisement

Must Watch Video