LIGA SUPER MSIA
MFL belum terima rayuan KL City
Penganjur Liga Bolasepak Malaysia (MFL) masih belum menerima sebarang bentuk rayuan daripada Kuala Lumpur (KL) City.
Sebaik usaha untuk mendapatkan semula enam mata yang ditolak telah disuarakan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Stanley Bernard, ia hanya hasrat yang disuarakan melalui media dan sosial media bukan secara rasmi.
"Sebaik kami menerima rayuannya, barulah memulakan proses jadi saya tidak mampu untuk mengatakan tindakan MFL yang seterusnya," kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Giorgio Pompili Rossi, di Nadi Arena.
Iklan
Begitupun, tiada jaminan diberikan pihak MFL walaupun secara keseluruhan mereka faham apa yang cuba diusahakan skuad Warga Kota ketika ini.
MFL belum terima sebarang rayuan rasmi daripada KL City biarpun perkara ini telah berlegar-legar dalam kalangan penyokong dan pemerhati bola sepak tanah air sejak beberapa minggu lalu.
Permintaan itu agak sukar, namun segala bergantung kepada usaha dan perbincangan bukan sahaja melibatkan MFL serta First Instant Body (FIB), memandangkan hukuman dijatuhkan badan pengelola tersebut.
Tegas Pompili Rossi, kesanggupan KL City untuk membayar tambahan denda bukan penyelesaian penuh, tetap akan berlaku pertimbangan sebaik rayuan rasmi dikemukakan.
"Tapi sekali lagi, tiada sebarang rayuan yang dihantar.
"Ia bukan soal kewangan, Hakikatnya ada peraturan yang perlu dipatuhi," katanya.
Must-Watch Video