GALATASARAY 0 PSG 1
Pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Meunier, memuji kekuatan mental rakan sepasukannya selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Galatasaray dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di Istanbul awal pagi tadi.
Mauro Icardi menjaringkan gol pertamanya bersama PSG bagi memastikan skuad kendalian Thomas Tuchel itu meraih tiga mata menerusi aksi penuh berdisiplin ketika menentang juara Turki berkenaan.
PSG berdepan suasana penuh tegang di gelanggang lawan dalam aksi Kumpulan A itu, namun mengekalkan ketenangan untuk meraih dua kemenangan berturut-turut dalam kempen edisi ini.
Meunier kagum dengan kekentalan yang ditunjukkan PSG dengan barisan pemain mereka mengekalkan keamatan pemainan di Stadium Ali Sami Yen itu.
"Kami tahu ia tidak akan mudah," kata pemain kebangsaan Belgium berusia 28 tahun itu.
"Kami dapat lihat bagaimana pemain ke-12 mereka menghasilkan suasana yang amat hebat dan ia semakin menjadi-jadi setiap kali pemain mereka menyentuh bola.
"Tetapi saya amat berbangga dengan pasukan ini.
"Kami berjuang, tidak takut dengan cabaran, kental bertahan dan memiliki banyak peluang.
"Keputusan boleh menjadi 2-0 atau 3-0.
"Kami memiliki kekuatan mental yang sepatutnya dan saya fikir itulah perkara paling penting.
"Ia hari yang sempurna, juga disebabkan keputusan seri Club Brugge dengan Real (Madrid), yang membenarkan kami berkelebihan empat mata berbanding pencabar terdekat," katanya.
Pemain tengah PSG, Idrissa Gueye, turut memuji ketenangan pasukannya dengan hanya tiga daripada mereka dilayangkan kad kuning.
"Kami menunjukkan kematangan dalam perlawanan ini walaupun ia amat sukar," kata pemain Senegal itu.
"Kami dapat mengekalkan ketenangan dan keyakinan kami.
"Kami sentiasa cuba bermain, membawa bola ke atas dan menyerang pada waktu yang sesuai.
"Semua sedar kesukaran untuk meraih tiga mata di sini. Kami melakukannya, jadi kami amat gembira," katanya.
Pengurus, Tuchel, berasakan kekuatan pasukannya di bahagian tengah menjadi punca mereka meraih kemenangan itu dan mengekalkan pendahuluan dalam Kumpulan A.
"Tiga pemain tengah kami beraksi dengan amat baik.
"Saya amat menggemari gandingan itu.
"Mereka menghasilkan keseimbangan dalam pasukan, menyediakan keamatan dan amat berkemampuan.
"Mereka amat bagus daripada aspek ketahanan dan kreativiti," katanya.