Skip to main content

Bola Sepak

Meunier: "Lagak" Neymar jengkelkan pemain lawan

neymar.jpg
Thomas Meunier melihat gaya permainan yang ditampilkan oleh Neymar menjengkelkan pemain-pemain lawan.

Bintang Brazil itu menjaringkan sepakan penalti ketika Juara Ligue 1 itu meraih kemenangan 4-1 ke atas Reims, semalam.

Bek kanan, Meunier, yang turut meneruskan rentetan jaringan dalam tiga perlawanan, memahami perasaan pertahanan lawan yang terpaksa berdepan Neymar.

"Dia adalah pemain yang mengecewakan untuk pertahanan lawan. Dia mampu menghentikan permainan pada bila-bila masa dan kerap melakukannya," kata Meunier.

"Ia agak menjengkelkan dan saya memahaminya tetapi ia adalah kelebihan buat kami.

"Dua atau tiga pemain lawan sering dilayangkan kad kuning kerana Neymar.

"Neymar bijak untuk mengambil peluang ini dan ia adalah kelebihan buat PSG," ujarnya.

PSG akan berkunjung ke Nice untuk aksi Ligue 1 seterusnya esok.

Advertisement

Must Watch Video