Lionel Messi mendakwa tidak menyesal mengenai janjinya untuk memenangi Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu dan berikrar Barcelona akan kembali berjuang untuk mengejar semua gelaran musim ini.
Barcelona disingkirkan daripada UCL musim lalu oleh pemenang, Liverpool, dalam aksi separuh akhir penuh dramatik, namun mengakhiri musim selaku juara LaLiga buat kali kedua berturut-turut.
Sebelum turun mengatasi Arsenal 2-1 dalam pertembungan akhir Trofi Joan Gamper, pemenang Ballon d'Or lima kali, Messi, memberikan ucapan kepada penyokong yang hadir di Nou Camp, semalam.
Messi tidak beraksi dalam perlawanan itu selepas baru sahaja pulang daripada bercuti tetapi menggunakan peluang tersebut untuk meluahkan harapannya bagi musim baru 2019/20 bersama The Catalans.
"Sukar untuk bercakap selepas apa yang berlaku musim lalu tetapi saya tidak menyesalinya," kata Messi. "Tetapi saya tidak meragui kami sepasukan akan kembali untuk merebut kesemua gelaran musim ini.
"Kami telah memenangi lapan takhta liga dalam 11 tahun. Kami menilainya dengan sebaik mungkin tetapi ia akan dilihat sebagai satu pencapaian yang sukar diraih pada masa akan datang."
Barcelona bakal bermain dua lagi aksi persahabatan berdepan Napoli sebelum saingan bermula dengan kunjungan ke Athletic Bilbao, 16 Ogos ini.
Pengurus, Ernesto Valverde, membawa masuk khidmat Antoine Griezmann, Frenkie de Jong, Neto, Junior Firpo dan Emerson ke dalam skuad dan telah berbelanja lebih EURO200 juta (RM928 juta) dan Messi berazam untuk menghadirkan impak dalam musim baru ini.
"Kelab ini berjuang dan bersaing merebut setiap kejuaraan dan tiada beza untuk tahun ini.
"Kami telah memperbaharui impian kami. Visca Barca dan Visca Catalunya!"